Nama software ni adalah Tuitalk.
Anda boleh download
software ni kat sini. Tuitalk Download Software yang aku nak kongsikan kali ni adalah
mengenai panggilan percuma ke beberapa negara melalui internet. Tapi
untuk kali ni aku khususkan penggilan percuma ke negara Malaysia k.
Untuk anda yang ingin melihat negara yang berada di dalam list panggilan
percuma software ni, boleh la layari Tuitalk Countries.
Bagaimana software ni boleh free dan
tak berbayar? Software ni dapat offer panggilan percuma kepada
kita disebabkan advertiser a.k.a pengiklan. Setiap kali anda
membuat panggilan telefon, anda akan disajikan ‘short video ads’ (video
iklan pendek) selama beberapa saat (paling lama adalah 30 saat) dan
‘banner ads’ (iklan banner) semasa anda sedang bercakap dengan teman
anda. Pengiklan-pengiklan ni la yang support panggilan percuma anda. So,
rajin-rajin la diri anda untuk klik iklan-iklan kat situ sebagai tanda
berterima kasih .
Berapa lama anda boleh membuat
panggilan percuma ni? Panggilan ke setiap negara adalah berbeza tapi aku
hanya akan khususkan Malaysia je k. Untuk panggilan ke
Malaysia, satu akaun dapat membuat panggilan selama 6 minit ke telefon
rumah dan 4 minit ke telefon bimbit. Sehari anda boleh membuat 3
panggilan untuk satu akaun. So, dalam sehari untuk
panggilan ke rumah, anda boleh bercakap selama 18 minit sehari dan 12
minit untuk panggilan ke telefon bimbit. Sekarang aku dah ada
20 lebih akaun. Kalau 20 akaun, aku dapat membuat panggilan selama 6 jam
ke rumah dan 4 jam ke telefon bimbit setiap hari. (n_n)
Akaun anda tak ada limit. Kalau
dah sign up, jangan buangkan k. Simpan baik-baik. Sebab akaun
anda akan direfresh setiap hari pada jam 12 malam (GMT –8 hrs)
bersamaan pada jam 4 petang waktu Malaysia. Lepas je jam 4
petang, contohnya jam 4.01 petang, anda dah boleh membuat 3 panggilan
percuma balik untuk hari tu.
p/s - Nombor start dari 0145xxxxxx a.k.a
0060145xxxxxx tak boleh dail. Cari nombor lain la k kalau nak panggil
jugak.
|